Thursday, March 27, 2008

Pembentangan (Panduan Solat Jamak Qasar)


Selepas mendapat banyak tunjuk ajar dari Cik Chin, tiba hari penilaian setiap seorang dari kami. saya tidak agak "awal" sedikit pada hari pembentangan. Tiba di kelas, terkejut, Eh! Cik Umi sedang berceloteh mengomen hasil kerja anak buahnya. Aduh, hasil kerja yang baik pun dikomennya, macam manalah nasib aku.

Jam berlalu meninggalkan waktu 11 pagi, Cik Umi mengangkat punggung menghadiri mesyuarat, cuma tinggal beberapa orang lagi yang belum "kena".

Selepas Aiman mencabut pendrivenya dari admin CPU, dengan pantas aku kehadapan. Biarpun serba kekurangan tapi aku mengharapkan sesuatu dari Cik Chin.

Tidak banyak komen, Cik Chin minta buat objektif pengajaran dan kalau nak tambah sikit lagi latihan.

Aaaaah... rasa lega selesailah pembentangan hari ni, dan aku pulang tepat jam 11.40 pagi.

PAPAN PUTIH INTERAKTIF SMART BOARD


PAPAN PUTIH INTERAKTIF SMART BOARD

Apa itu papan putih interaktif elektronik? Ia adalah sebuah peranti persembahan yang bersemuka dengan sebuah komputer. Imej komputer dipaparkan ke atas papan oleh projektor yang boleh ditonton dan dimanipulasi. Pengguna boleh mengawal kedua-dua perisian daripada komputer dan dari papan.

Hadirin boleh menambah notasi, hanya dengan menggunakan pen atau dan alat penanda. Hanya dengan jari sebagai tetikus, pengajar dan pelajar boleh melancarkan aplikasi terus dari papan putih. Manakala pengguna lain boleh berkongsi input. Sebarang nota atau lakaran boleh disimpan atau dicetak dan seterusnya disebarkan kepada ahli kumpulan.

Papan putih interaktif SMART Board adalah satu produk daripada SMART Technologies. Sebuah skrin kawal-sentuh (touch-controlled) yang besar bersemuka dengan sebuah projektor dan komputer. Projektor memancarkan imej dari komputer ke atas papan putih interaktif, yang berperanan sebagai sebuah monitor dan juga peranti input. Pengguna boleh menulis di atas papan putih interaktif ini menggunakan dakwat digital atau jari bagi mengawal aplikasi komputer dengan menunjuk, mengklik dan mengheret, seperti menggunakan tetikus.

Papan putih interaktif SMART Board biasanya dipasang pada dinding atau diletakkan di atas lantai. Ia boleh digunakan secara bersemuka (face-to-face) atau maya (virtual). Ia boleh digunakan di dalam pembelajaran, perniagaan dan kerajaan sebagai alat mengadakan persembahan interaktif, komunikasi dan kolaborasi-jarak.

Sumber Penuh:
http://www.kempen.gov.my/content/view/1208/107/lang,ms/

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Dalam posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain tentang elemen-elemen di dalam multimedia yang memainkan peranan dalam proses pembelajaran yang lebih menarik.

Terdapa lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan.

Teks

Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telah lama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian, penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dinatikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersitat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi dipenlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.

Teks secara amnya menujuk kepada hurut-hurut yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh ditahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan ton yang menjadi asas utama bagi penyalunan maklumat masa dahulu danjuga masa kini.

Grafik

Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.

Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata- mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Audio

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya.

Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Video

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

Animasi

Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.

Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti. Ianya juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

Subjek : Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan

Dalam kuliah permulaan bagi subjek Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan ini kami banyak didedahkan tentang pro forma yang merangkumi keseluruhan topik dalam subjek ini yang wajib dipelajari oleh semua pelajar Diploma Pendidikan ambilan 2008/2009 secara ringkas. Tidak lupa juga aspek penilaian pemarkahan yang bakal diberikan kepada semua pelajar yang mengikuti kursus ini.

Pecahan pemarkahan adalah seperti berikut.

  • Kerja Kursus = 60%,
    Daripada 60% ini dipecahkan lagi; yang mana 20% bagi “Interactive Whiteboard”, 20% untuk “Blogging” dan 20% lagi pula untuk “Interactive Posters” dan kuiz.
  • Peperiksaan Akhir = 40%

Secara umumnya kami didedahkan bagaimanakah cara untuk membina blog dan melanggan emel melalui Gmail.

Membina Blog

Assalamu’alaykum dan Salam Sejahtera,

Untuk pertama kalinya bagi diri dan mungkin juga kepada para pelajar Diploma Pendidikan dikehendaki membuat blog sendiri. Bagi saya ini sesuatu yang amat baru bagi diri saya kerana selama ini saya hanya menggunakan internet untuk mencari bahan-bahan ‘assignment’ dan beberapa aktiviti secara online.

Sebelum kami diminta untuk membuat buat, kami diajarkan untuk membuat satu kumpulan atau groups secara online. Yang mana melalui groups ini, para pelajar yang melanggani goups ini dapat berhubung antara satu sama lain tanpa memerlukan untuk menghantar kepada ramai penerima. Terdapat banyak enjincarian yang membekalkan khidmat e-groups ini secara percuma. Antara yang popular ialah yahoogroups dan googlegroups.

Untuk tujuan ini, kami memilih Yahoo sebagai khidmat untuk e-groups kami dan menamakannya sebagai DipEd_2008 yang mana ia akan dilanggani oleh kesemua pelajar diploma pendidikan yang mengambil subjek ini.

Setelah ini kami juga diajarkan cara untuk membuat blog. Seperti biasa terdapat banyak pembekal yang memberikan khidmat blog ini secara percuma antanya blogdrive, blogspot, wordpress dan banyak lagi. Untuk itu saya memilih blogspot sebagai platform untuk blog saya.

Mencipta blog sebenarnya mudah sahaja. Pertama, kita mesti mempunyai google account atau email google. Seterusnya, kita taip http://www.blogger.com/. Selepas itu, paparan akan keluar (create a blog in 3 easy steps):
1- create an account
2- name your blog
3- choose a template

Dan kita click pada create your blog now. Paparan akan keluar ( create a google account), kita perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan untuk mencipta akaun email kita. Dan tekan ( continue ). Selepas itu, pilih setting untuk blog kita dan tekan continue.kemudian,paparan akan keluar posting now. Jika kita ingin menghantar sesuatu kepada rakan-rakan kita. Boleh lah posting dalam blog ini. Setelah menulis di dalam blog kita, kita perlu tekan butang ( post options) supaya segala yang kita tulis dapat dibaca oleh rakan-rakan kita. Sekarang,kita telah mempunyai blog sendiri.Mudah kan?